Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, 5 February 2012

pertemuan pertama kali =)

"syaz, cepat la sikit. Orang lain pon nak mandi jugak.! ", pekik Neina dari luar kamar mandi. Sudah hampir setengah jam Syaz berada didalam bilik air itu. namun masih tidak keluar-keluar. Syaz dan Neina sedang sibuk bersiap-siap untuk pergi menyambut tahun baru di Taman KLCC.
Syaz melangkah keluar sambil mengibas-ngibas rambutnya yang basah.
 "Ish ko nih, hair dryer kan ade tu ha." tunding Neina kearah satu sudut di dalam bilik nya itu lalu bergerak masuk ke kamar mandi.
sambil tersenyum Syaz melangkah untuk mengambil hair dryer yang ditunjuk oleh sahabat baik nya itu.
setelah rambutnya dikeringkan, Syaz membuka beg baju untuk memilh baju. sedang sibuk memilih baju yang hendak dipakai, telefon Syaz berbunyi. melihatkan nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya, Syaz tersenyum. Ditekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
"hello," Ucap Syaz dengan senyuman yang masih menguntum dibibirnya.
"hai Syaz. U tengah buat ape tu?", kedengaran jelas suara lelaki dihujung talian. suara yang amat dikenalinya. suara yang masih belum lagi Syaz ketemu empunya milik. suara itu kedengaran bersahaja, tapi ia mampu membuatkan hati kecil Syaz berbunga-bunga.
"I tengah bersiap nak keluar, Neina ajak I celebrate New Year kat Taman KLCC".
"ouh, awalnya U nak pegi?."
"ibu ajak pegi dinner dulu, baru dia hantar kat LRT Station", balas Syaz 
"my brother  ada ajak I pegi tapi I malas lah". jawab lelaki itu lgi.
"yeke?. i ni pon first time nak celebrate Tahun Baru, tu yang macam excited je nak pegi."ujar Syaz tanpa dipinta.
"ok, kalau pegi nanti jaga diri elok-elok ya, kat sana tu mesti crowded  dengan orang. jangan hilang pulak tau, " kata lelaki itu sempat bergurau.
"ok, thanx for reminding me".jawab Syaz ikhlas .
"ur welcom. bye princess.!"
"bye."dan talian dimatikan. Syaz tersenyum lebar mengingatkan peristiwa perkenalan antara dia dan lelaki tanpa wajah tadi. Danny. si dia yang hampir 2 tahun Syaz kenal, akan tetapi hanya berhubung melalui telefon. dan dia jugalah yang berjaya membuat hati Syaz tak keruan sejak dari panggilan pertamanya. 
"woi, berangan!!!"sergah Neina di sebelah telinga Syaz secara tiba-tiba.
terangkat badan Syaz akibat terkejut dengan perbuatan Neina.
"eeee, aku campak jugak le minah ni kang", kata Syaz dengan nada marah yang dibuat-buat.
"Danny le yang call tadi tu kan??' soal Neina.
"eh, mane ko tau??."berkerut kening Syaz mendengarkan tekaan Neina yang tepat.
"asyik tersenyum sensorang je, sape lagi kalo bukan die kannnn?!."ujar Neina lagi sambil tersenyum sumbing.
Syaz hanya mampu tersipu mendengarkan kata-kata kawan nya itu.
 setelah hampir sejam mereka berdua bersiap-siap, kedengaran jelas suara ibu yang memanggil dari bawah menyuruh mereka turun untuk bertolak. sewaktu perjalanan ke restauran, Neina perasan yang Syaz begitu asyik membalas mesej di telefon bimbit nya. Neina menyiku Syaz yang berada di sebelahnya sambil mengangkat kepala menanyakan siapa yang memberi mesej kepada Syaz. Syaz tersenyum dan terus Neina dapat membaca erti senyuman tersebut. pastinya Danny, siapa lagi, desis hati Neina. Neina turut tersenyum melihatkan kelaku kawannya itu. seusai makan malam, ibu menghantar mereka berdua ke Stesen STAR LRT yang berdekatan dan sempat memesan untuk mereka pandai menjaga diri dan memastikan mereka untuk pulang selepas sahaja selesai menyambut tahun baru bersama rakan-rakan mereka nanti.
didalam LRT, Syaz dengan reaksi gembira memberitahu Neina yang berkemungkinan Danny juga akan turut berada di Taman KLCC menyambut tahun baru. Neina yang mendengarkan kata-kata Syaz membulatkan biji matanya. "serius Syaz?!', soal Neina tidak percaya.."die kate malas nak pegi", ujar Neina lagi..
"entah, die tetibe kate dia pon nak pegi.", ujar Syaz sambil mengangkat bahu nya. mereka berpandangan dan tanpa disedari mereka berdua menjerit kecil kegirangan, sehinggakan orang yang turut berada didalam STAR LRT memandang tingkah laku mereka kehairanan. "at last, dapat jugak aku tengok muke si Danny", ucap Syaz sambil menepuk tangan kepada diri sendiri..
"pandai la ko Syaz! sekalinye si Danny tu gemok, hitam, pendek lagi, pe ko nak buat??!. haaa..", Neina cuba mengugut.
"lagi laaaaaaaaa aku suke ".jawab Syaz bersahaja.."Adoi!!", jerit Syaz pabila dicubit manja oleh Neina. mereka berdua ketawa geli hati sambil bersembang mengenai paras rupa Danny yang akan mereka temui untuk pertama kali.


setelah sampai ke destinasi, mereka berdua mengambil keputusan untuk menonton wayang sebelum turun ke Taman KLCC. di kawasan Taman KLCC dibanjiri oleh ramai orang yang turut ingin menyambut Ulang Tahun Baru sama seperti Syaz dan Neina. Syaz terasa gegaran dan  kedengaran bunyi yang agak perlahan didalam poket seluarnya. dikeluarkan telefon bimbitnya lalu membaca mesej yang di terima.
'u kat mane?'
ligat jari jemarinya membalas mesej itu, 'kat taman KLCC la, tgh tunggu countdown'
telefon berbunyi lagi, ' I pon kat sini jugak, u kat area mana?', soal Danny.
'Oh, i ada dekat dengan area stage.' telefon dimasukkan kedalam poket seluar nya semula. Syaz mencari kelibat Neina yang menghilang di dalam kesibukan ramai . "haa sudah.. mane pulak si Neina nih", desis hati SYaz sambil memanjangkan tengkuk mencari Neina. Syaz terasa bahunya di tepuk dari belakang. Neina menarik tangan Syaz keluar dari kumpulan orang ramai menuju ke bawah sebuah pokok yang agak kecil. kelihatan dibawah pokok itu lebih kurang padat berbanding tempat Syaz berdiri tadi. Neina memperkenalkan Syaz dengan 3 orang sahabat sekolah nya. mereka berjabat tangan dengan Syaz dan bertegur mesra. Neina dan rakan-rakan nya begitu rancak berbual ketika telefon bimbit nya berbunyi. panggilan itu dijawab.
'Syaz, u kat mana?" soal Danny antara dengar dengan tidak kerana keadaan yang bising disekelilingnya.
"i dekat dengan stage."balas Syaz.
"sama la. "ujar Danny.
Syaz terkaku, hatinya berdebar-debar untuk bertemu dengan Danny. berderau rasa darahnya apabila mengetahui yang dalam beberapa ketika lagi dia akan bersua muka dengan Danny.
"u pakai baju apa?"soal Syaz. dalam kebisingan syaz mendengarkan yang Danny menjawab baju hijau.
"ok, kejap i cari u".lantas telefon dimatikan.
melilau mata Syaz mencari jejaka berbaju hijau. namun keadaan yang agak gelap menyukarkan Syaz untuk membezakan warna-warna yang berada disekelilingnya. dalam kesibukan Syaz mencari 'baju hijau', syaz terpandangkan seorang lelaki yang bertopi berada dicelahan orang ramai tidak jauh dari tempat Syaz berdiri.
hati perempuan nya terusik melihat kat wajah lelaki itu. cepat-cepat Syaz membuang perasaan itu jauh-jauh dan terus memanjangkan tengkuknya mencari Danny semula.
telefon berbunyi lagi. "princess, u kat mane sebenarnya", soal Danny
"i dekat dengan stage, bawah pokok"jawab Syaz.
"i pon bawah pokok jugak" kata Danny.
"tak nampak pon"jawab Syaz tercari-cari.
"ada ni ha, jap."ujar Danny. Syaz melihat sekeliling dan bru terperasan yang tak jauh darinya terdapat juga sebuah pokok sama seperti tempat yang dia berdiri sekarang. kelihatan dibawahnya ada peniaga yang berniaga air botol dan tin. dan seorang lelaki bertopi sedang tunduk membayar wang untuk air yang dibelinya.
"mane u?", soal Syaz
"beli air jap", jawab Danny. dan Syaz dapat melihat lelaki yang bertopi itu bangun dengan telefon bimbit yang ditekapkan di telinga. Syaz yang seperti tidak percaya terus memandang lelaki itu. "dia kah?",hati kecilnya bertanya sendiri. dalam pada itu, Syaz dapat melihat lelaki bertopi itu seperti tercari-cari sesuatu dan pada masa yang sama juga kedengaran suara Danny yang bertanya "mane u ni?". kemudian, Syaz dan lelaki tadi bertaut pandangan. Syaz yang belum sempat berkata apa-apa mendengar Danny berkata "Gotcha!", dan mematikan telefon. Kelihatan jejeka tadi meletakkan telefon bimbitnya kedalam poket seluarnya dan  Syaz yang masih terpaku  terus memandang tingkah lelaki tersebut yang bergerak kearahnya  dicelah orang ramai. teleon bimbit disimpan Syaz kedalam poketnya. kini, didalam otak Syaz cuma terkeluar satu ayat "alamak, mati aku!"....
jantung bagai dirasakan nak meletup. Syaz seperti terasa ingin mengambil langkah seribu, namun kakinya masih terpaku disitu. dan jejaka tadi akhirnya berada betul-betul bertentangan dengan nya.
"Syaz?" soal lelaki itu, yang pasti nya adalah Danny.
Syaz yang masih terkejut, tergagap-gagap menjawab soalan Danny tadi."haaa..ermm..haah!", ujar  Syaz sambil mencari keyakinan.
"hai Syaz", ujar Danny lagi.
"Hai Danny", jawab Sayz yang masih kelu lidah. Danny tersenyum sambil menghulur tangan untuk berjabat dan tangannya disambut. mereka berdua bertukar senyuman. 'ah, memang lelaki tadi', hati Syaz berdetik.
"Sape nih?", soal Neina yang muncul dari belakang secara tiba-tiba , sekaligus memecah kebisuan Syaz dan Danny. Syaz memperkenalkan Danny kepada Neina dan mereka turut berjabat tangan.
mulut Neina yang peramah berjaya membantu Syaz menghilangkan rasa gementar didadanya.
Neina kembali kepada rakan-rakannya dan meninggalkan Syaz dan Danny bersembang berdua.
Syaz dan Danny yang tadinya kelihatan kekok kini makin rancak berbual. masing-masing mencari peluang untuk bertanyakan tentang diri masing-masing. sedang rancak berbual, kedengaran pengumuman countdown yang akan bermula dalam satu minit, mereka beramai-ramai bergerak mendekati kawasan pentas. kedengaran suara usher  memulakan countdown dari kiraan sepuluh. Syaz dan Danny turut mengira bersama-sama.
3! 2! 1!!! boom!!!
percikan bunga api menerangi angkasa di Taman KLCC..
Syaz tersenyum seronok melihat satu demi satu bunga api tersebut. dalam pada itu, Syaz sempat mencuri pandang kearah Danny yang berada disebelah nya, yang turut mendongak ke langit memerhatikan percikan bunga api. bunga api yang terakhir meletup telah menghasilkan satu bentuk hati berwarna merah.
"waaahh, cantik nya".kata Syaz perlahan.
Syaz memandang kewajah Danny yang berada disebelah untuk melihat reaksi nya. Menyedari dirinya dipandang, Danny menoleh kearah Syaz. mata mereka terpaut seketika. Syaz terus mengalihkan pandangan nya kelangit semula pura-pura tiada apa-apa yang berlaku. hadir satu rasa aneh dalam hati Syaz,namun dibiarkan saja. setelah pertunjukan bunga api berakhir, segelintir orang ramai bergerak meninggalkan Taman KLCC. Syaz, Danny , Neina dan rakan-rakannya bergerak ke tepi tasik KLCC. disana, mereka duduk berehat sambil minum yang dijual dan bersembang. masing-masing bertukar cerita dan bergurau senda.
apabila jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, Neina dan Syaz meminta diri untuk pulang. Danny menawarkan diri untuk menghantar Syaz dan Neina hingga ke stesen LRT. setelah sampai, Syaz melambai tangan dan berpaling lalu memasuki kedalam keretapi yang sampai. 
sampainya mereka dirumah, Neina tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata, namun Syaz, masih mengelamun mengingatkan pertemuan nya dengan Danny, jejaka yang yang telah meninggalkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. tanpa sedar, akhirnya, mata Syaz terlelap sendiri dengan sebuah senyuman.


niera eraena..


p/s: oh ending cerita ni memang macam LRT yang Syaz naik, laju macam siot... sebab??? ngantok giler babas... hahahha!! so, gud nyte all.. mmmuah.. sesape yang bace, ai le biu lah.. especially to those who can understand the story.. hohohoho..
nytie nyte..take care.. and bubbye.. adios~!   "pjg gler p/s nye"


No comments:

Post a Comment

 
kalo nak diikotkan hati, ade banyak bende yang aku nak share dengan sume orang, tapi ape kan daya, jari cume ade seploh untuk menaip, otak hanye satu untuk berkarya, mata ade sepasang je nak melihat, itu pon rabun...
so, secare am nye, kesemua cerita yang aku karangkan diatas 70% adalah perkare yang terjadi disekeliling aku, and 30% tu hanyalah imaginasi yang berlaku didalam otak kecilku ini...
jadi, jika anda merasekan anda adalah mereka yang datang singgah untuk membace, jangan cepat terkejut atau tersentap bila post2 yang ditulis seperti melibatkan anda kerana, tak semestinya benar.. hanye saya dan mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan saya yang tahu akan kebenarannya... hoho.. *sebelum saya terus merepek, baik saya berhenti =.="
tata =D