oh hati..
apa yang sedang berlaku pada kau? tiada ayat atau perkataan yang boleh disebut untuk menggambarkan perasaan ini. terlalu sukar untuk dibicarakan. terlalu sulit untuk dibicarakan. ia nya terlalu dalam. sangat dalam. begitu dalam. ia nya mengkhayalkan, dan turut membuatkan kita ingin mencipta impian. terlalu sukar untuk melepaskan, terlalu sukar untuk dipertaruhkan. perasaan ni umpama beban. namun ianya beban yang aku sanggup pikul. beban yang penuh dengan keindahan. perasaan yang terlalu kuat. hingga aku mampu dan berani mempertaruhkan nyawaku hanya kerana setitis air mata. biar pun hanya digigit semut, aku sanggup menukar diri untuk kesakitan itu apatah lagi yang lebih teruk. biar aku yang tanggung segalanya. biar aku yang pikul semua nya. aku sanggup. melihat kan kau, hati ku umpama luluh pilu, dan bahagia tak terhingga. perasaan ini ikhlas lahir hanya untuk engkau. tiada seurat benang atau senipis kertas topeng ku letakkan untuk perasaan ini. ia bukannya palsu atau dibuat buat. ia nya wujud tanpa aku sedari. oh hati.. kenapa boleh jadi begini? dan siapakah engkau?
pergi lah perasaan, aku tak sanggup lagi menyimpan kau dalam hati aku lagi. aku terasa penat, tersangat penat. puas sudah air mata ini mengalir kerana kau, perasaan yang aku tak dapat nak gambarkan.biar pun kau hanya hanya hadir sekali dan itupun hanya dalam mimpiku disuatu ketika dulu, tapi kenapa kau masih kekal dalam hati aku? umpama ia memang pernah berlaku, benar-benar pernah berlaku. tapi bila? dengan siapa? aku sendiri tak tahu. kerana ia cuma mimpi. tiap kali lagu-lagu yang sayu berkumandang, maka datanglah perasaan itu mengetuk pintu hati aku, membebankan hati aku, menggesa aku untuk mengalirkan air mata, tanpa sebarang sebab kecuali kerna perasaan itu.
dan kini. perasaan itu masih didalam hati. dan hanya yang mengetahui akan mengetahui. yang tidak, akan tetap tidak mengerti. walau kamu mengatakan ia nya cinta, percayalah, ia lebih dalam dari cinta. lebih dalam. dan jika kamu berkeras mengatakan ianya cinta seperti yang kamu alami, namun bagi aku ia nya 10 kali lebih dalam dari cinta kamu itu. dan biar lah "cinta mendalam" itu kekal dalam hati aku. dan bila, disuatu ketika, ia akan mengetuk pintu hati aku ntuk merasakan perasaan itu, dan waktu itu, air mata ku pasti bergenang. dan hanya kerana perasaan itu. perit namun menyenangkan. pedih namun membahagiakan.
oh hati, kenapa dengan kau???
No comments:
Post a Comment