"maaf Maya, namun saya rasa kita tiada jodoh"kata Aiman pagi itu.
Maya terpempan, tidak mengerti dengan apa yang diucapkan oleh Aiman. Puas Maya mencari dimana silapnya dia namun ternyata gagal. sedangkan semalam mereka berjumpa, bergurau senda, dan tiada apa yang berlaku. tiada sengketa mahupun selisih faham yang berlaku.
"tapi kenapa? apa salah saya?", soal Maya mencari pengertian.
"saya tidak bersedia untuk menerima awak", jawab Aiman perlahan, tertunduk. "tapi kita masih boleh berkawan kan?", sambung nya lagi.
pedih hati Maya mendengarkan penjelasan Aiman. kenapa diwaktu hati nya telah benar-benar suka, secara tiba-tiba dia ditolak? apakah kesalahannya?
air mata mula memenuhi kelopak matanya namun ditahan agar tidak tumpah.
Maya menguatkan semangat yang ada dengan memandang Aiman sambil tersenyum dan mengangguk. "boleh", jawabnya ringkas.
"baiklah Aiman, saya terpaksa pergi, saya dah janji dengan kawan saya untuk berjumpa dengan nya pagi ini."kata Maya seraya bangun dari bangku batu.
"nanti kita jumpa lagi ya Maya, terima kasih kerana memahami saya, bye" jawab Aiman dengan sedikit nada ceria sambil melambai kearahnya.
"InsyaAllah, Bye." jawab Maya dengan sekuntum senyuman, lantas berpaling dan berlalu meninggalkan Aiman.
berat dirasakan langkahnya. dadanya terasa sesak dan tanpa disedari Aiman, Maya melangkah bersama air mata yang mengalir. dan kenangan semalam, menerjah silih berganti didalam kotak mindanya. masih kedengaran hilai tawa mereka ketika bermain luncur ais di
Sunway Pyramid semalam. Maya terasa bahagia sekali. dan kini bahagia itu lesap dalam sekelip mata. hancur luluh dirasakan hatinya ketika itu. namun apakan daya, Maya hanya mampu pasrah.
Kesakitan itu masih berbekas dihati Maya. Tanpa disedari, air mata mengalir di pipi nya. Lantas disekanya, tidak mahu dilihat orang yang berada disekelilingnya. Maya menarik nafas dalam berharap segala kekusutan itu berlalu pergi. setelah merasa tenang, Maya bangun untuk beredar dari situ. iba-tiba namanya dipanggil dari belakang. Suara yang dikenalinya.
Langkah Maya terhenti, namun teragak-agak untuk dia berpaling.
Tidak jauh darinya, Maya dapat melihat susuk tubuh Aiman yang berbaju kemeja putih berseluar hitam melambai tangan kearahnya. Aiman yang masih segak seperti dulu, melemparkan senyuman kepadanya. Maya membalas senyuman itu. hati nya bergetar melihatkan Aiman yang melangkah kearahnya. satu pertemuan yang tak pernah diduga Maya.
"Maya, lama tak jumpa, U sihat?" soal Aiman dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"sihat alhamdulillah"jawab Maya sambil mengangguk.
"U buat apa sekarang?," soal Aiman lagi.
Maya yang agak gementar melihat Aiman yang masih tersenyum padanya melarikan matanya dari terus menerus melihat wajah Aiman yang dirinduinya secara diam itu.
"I dah kerja dah" jawab Maya lagi.
"ooo, ok la tu. Hmmm... lamakan kita tak jumpa?"balas Aiman.
Maya yang baru ingin menjawab dikejutkan dengan suara wanita yang memanggil nama Aiman. Maya menoleh kearah suara itu. dilihat seorang wanita berambut perang paras bahu, berkaca mata, melangkah kearah Aiman.
'cantiknya nya dia', Maya bermonolog didalam hati.
wanita itu terus merapati Aiman lantas memeluk lengan Aiman. Aiman tersenyum melihat wanita itu.
"Maya kenalkan, ini Scha, tunang I"kata Aiman, memperkenalkan wanita tersebut kepada MAya.
"hai", sapa Scha sambil menghulurkan tangan kepada Maya.
tangan Scha disambut ikhlas oleh Maya. "Maya", jawab Maya ringkas.
"U kemana tadi?, I pergi toilet kejap je, bila keluar tengok-tengok U dah hilang"gomel Scha kedengaran manja.
"Alaa, I ternampak Maya, so I datang tegur dia"jawab Aiman dengan nada memujuk.
Maya dapat melihat kemesraan antara mereka berdua.
"Hmm.. Maaf Aiman, Scha, I terpaksa pergi dulu ya. lain kali kita jumpa lagi"tutur Maya.
"owh ok Maya, see u", jawab Aiman. Scha turut tersenyum dan mengangguk, membenarkan Maya mengundur diri.
Maya berpaling, dan dengan langkah yang berat, Maya berlalu pergi. Namun didalm hatinya, Maya mendoakan kebahagiaan pasangan itu. Dan kenangan itu, akan kekal didalam hati nya. air mata diseka, dan langkah diteruskan dengan sekuntum senyuman dibibirnya.
niera =)
No comments:
Post a Comment