Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 3 June 2014

a robot and a girl

That stupid robot, that stupid robot, that stupid robot!! I didnt know that he would willingly to change himself to be a human being !!, that stupid robot!!! He should have said that earlier, rather than letting that girl walked away..unknowingly about what that stupid robot was saying... that stupid robot, whom being loved by that unmatured girl who thought they were in two different world... that unmatured girl, when it was just too late to realise it..

Stupid double cheese burger!!!
Stupid pudu raya!!
Stupid klcc!!!
Stupid takuya kimura!!!

*Buat sakit hati je ingat cerite ni!!! 

Sunday, 1 June 2014

mainan minda

Mengingati sesuatu yang bukan hak aku untuk merinduinya. Kehilangan sesuatu yang bukan hak ku untuk memilikinya, dan memikirkan sesuatu yang bukan hak ku mendekatinya. Dan siapa aku, bercita-cita ingin melalui titian pelangj itu? Kerna pelangi itu tidak akan pernah menjadi jambatan, walau sejuta tahun pun gerimis tidak berhenti berhujan..

Niera ♥

Sunday, 10 March 2013

nama owh nama

ape saje la kan... after a few months not writing on tis blog, it makes me a bit confuse, and blurry with the ideas to write.. ok, im starting to write nonsense, like my band instructor used to say, RUBBISH!!.. hahaha,,, ok ok.. to those who still not knowing, im going to give birth to my second baby.. and its expected to be a boy... a girl and a boy.. i do personally think its enough.. eceh... cukup ke dua bahira oi~~???


haa... so, to think about having a boy, me n Epy is having a quite pening kepala on giving names... to much speculation and all... for example, putting muhammad infront or back, or even not having muhammad in the name we want to give to the baby... haih... payah den.. 


well, from what i know, a name is like a symbol of what we, parents, want our child to be like in future.. as long as he or she has a good meaning, i think it ok right?? so whats wrong if my boy have a unique name?? it still have a great meaning..right?? huhu..


its hard to please every side, every corner, every person in this world.. when the child is born until he/she grow up, of coz, we, parents are the one who will be by their side... 
ok la... i need to stop writing,... see u next time bloggie... daaa~~~

xoxo

Wednesday, 21 March 2012

"mirror"



There's this girl in the mirror, I wonder who she is. Sometimes I think I know her and sometimes I wish I did.  There is a story in her eyes, lullabies, and goodbye.  When she's looking back at me I can tell...she's hurting inside. 

Tuesday, 28 February 2012

Auji Mawaddah =)

oh my precious daughter, Auji Mawaddah.. no words can describe how much i love you in this world.. as now you are 1-year-old, all ibu can say is, ibu will pray for your life to be as blessfull as it can be.... ibu still remember your very first cry one year ago, as like it was yesterday... and all the memories will always be remembered... Happy Born-day Auji =)

love, ibu


wild romance~

"i feel i will like you till death..
but i dont know about that...
right now, i like you enough to die for it.."

                                -park mu yeol- ^^
                         (wild romance)


Monday, 20 February 2012

kek oh kek









wadap yo! ;)
td, mase otw nak keluar rumah, kaksu *jiran seblah umah*, bagi aku rase marble chocolate cheese cake.. pergh... sedap weh... chocolate nyer yang moist, pastu melt dlm mulot... memang layan.. walopon hanya untuk beberape potong kecil jerk.. tp memang sodap... hahaaha..
tetibe rase cam nak blaja buat kek pulak... susah tak nak buat kek??? aku tengok cam susah jerk.~
kalo le aku boleh buat kek kan, first kek yang aku nak buat ialah CHEESE CAKE..
memang feveret ler cheese cake~ lalalala..
gemok?? ape aku kesah =D..haha! 

Monday, 13 February 2012

khayalan semalam

mendongak ke langit mencongak bintang
khayalan datang menerpa, lalu singgah
kedalam angan ku terbang melayang
hanyut dibawa bayu nan sayu

tirai mata sengaja dilabuh
satu demi satu bayangan hadir
naskah mimpi menyelak helaiannya
jelas terpampang dan diatur bak naskah buku
kian lalai dan leka ku membaca
tanpa sedar tubir mata bergenang
tertumpah jua air mata itu
lalu ku seka dengan jemari ku
perlahan kelopak mata ku buka
dan terus mimpi itu menghilang
meninggalkan ku berseorang...

dan aku kembali ke alam nyata~

niera eraena <3

boring...

pergh... kompem suasane yang sunyi sepi nih membuatkan aku mampu mendengar bunyik tb kat umah seblah aku nih... hahaha.. serius boring tahap gaban... sebab? aku tak leh nak tido... dok memikirkan pasal duit aku yang kolej tak bayo2 lagi.. hish.. bengang jerk...kate kolej kaye, duit student pon nak dekat berkurun tak mampu nak bayo balik ke ape??? kalo ikot kan hati teman, nak je teman bako! abeh cerite.... tapi ape kan daye, teman ni insan yang lemah~!hahaha.. usop wilcha satu =)


okeh la,,bebalik kepade cerite asal, sebenanye aku nih tgh sebok dok menunggu cerite korea episode yang terbaru kuar... tajuk nye wild romance.. yang best nye, si lee dong wok jadik hero nye.. hehehe.. hah?? sape dong wook????   alaa... si geol chan dalam citer My Girl tu... allaaaa, yang ensem ensem tuh... hahaha!! *gelak sakan* so, oleh kerana aku yang boleh dikatekan sebagai manusie yang paling mudah jatuh hati kepade hero2 filem korea nih, memang teramat mudahlah untuk aku jatuh hati pandang pertame kat si Dong Wook nih..


lepas si Hyun Bin, g ke Min ho, pastu, g plak ke Hyun joong, pastuh g plak ke Geun Seuk and tak lupe pade joo ji hoon =).. adeh, pasnih sape plak?? angkat tangan.. oh lupe, si hero Heartstring tu.. sape ke name die.. allaaaa, CN Blue nye mamat tu.. haaa.. yong hwa..


ok la... nak pusing2 google jap.. hehe ..tatata

Monday, 6 February 2012

layan kepala ringan =)

hoho... sebelum broadband ku abes...dan sebelum aku masuk tido..


hurm.. with purple shirt , short brown pants,strappy heels, loose hair and no make up except eye liner and colourless lip gloss, colourful painted nails, walked straight to the bar, and asked that long hair bartender for a glass of tequila then pay up the bil... sitting there were just only to listen to the song, without paying attention to the crowded with both eyes closed, ignoring peoples voice, focusing only to the damn songs... after  5 glasses, got up from the sits, searched for the door, and walked straight to the car, drove back home.... in the morning, realized that have been sleeping on the room floor, not on the bed... (+.+) hopeless


niera eraena

Sunday, 5 February 2012

pertemuan pertama kali =)

"syaz, cepat la sikit. Orang lain pon nak mandi jugak.! ", pekik Neina dari luar kamar mandi. Sudah hampir setengah jam Syaz berada didalam bilik air itu. namun masih tidak keluar-keluar. Syaz dan Neina sedang sibuk bersiap-siap untuk pergi menyambut tahun baru di Taman KLCC.
Syaz melangkah keluar sambil mengibas-ngibas rambutnya yang basah.
 "Ish ko nih, hair dryer kan ade tu ha." tunding Neina kearah satu sudut di dalam bilik nya itu lalu bergerak masuk ke kamar mandi.
sambil tersenyum Syaz melangkah untuk mengambil hair dryer yang ditunjuk oleh sahabat baik nya itu.
setelah rambutnya dikeringkan, Syaz membuka beg baju untuk memilh baju. sedang sibuk memilih baju yang hendak dipakai, telefon Syaz berbunyi. melihatkan nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya, Syaz tersenyum. Ditekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
"hello," Ucap Syaz dengan senyuman yang masih menguntum dibibirnya.
"hai Syaz. U tengah buat ape tu?", kedengaran jelas suara lelaki dihujung talian. suara yang amat dikenalinya. suara yang masih belum lagi Syaz ketemu empunya milik. suara itu kedengaran bersahaja, tapi ia mampu membuatkan hati kecil Syaz berbunga-bunga.
"I tengah bersiap nak keluar, Neina ajak I celebrate New Year kat Taman KLCC".
"ouh, awalnya U nak pegi?."
"ibu ajak pegi dinner dulu, baru dia hantar kat LRT Station", balas Syaz 
"my brother  ada ajak I pegi tapi I malas lah". jawab lelaki itu lgi.
"yeke?. i ni pon first time nak celebrate Tahun Baru, tu yang macam excited je nak pegi."ujar Syaz tanpa dipinta.
"ok, kalau pegi nanti jaga diri elok-elok ya, kat sana tu mesti crowded  dengan orang. jangan hilang pulak tau, " kata lelaki itu sempat bergurau.
"ok, thanx for reminding me".jawab Syaz ikhlas .
"ur welcom. bye princess.!"
"bye."dan talian dimatikan. Syaz tersenyum lebar mengingatkan peristiwa perkenalan antara dia dan lelaki tanpa wajah tadi. Danny. si dia yang hampir 2 tahun Syaz kenal, akan tetapi hanya berhubung melalui telefon. dan dia jugalah yang berjaya membuat hati Syaz tak keruan sejak dari panggilan pertamanya. 
"woi, berangan!!!"sergah Neina di sebelah telinga Syaz secara tiba-tiba.
terangkat badan Syaz akibat terkejut dengan perbuatan Neina.
"eeee, aku campak jugak le minah ni kang", kata Syaz dengan nada marah yang dibuat-buat.
"Danny le yang call tadi tu kan??' soal Neina.
"eh, mane ko tau??."berkerut kening Syaz mendengarkan tekaan Neina yang tepat.
"asyik tersenyum sensorang je, sape lagi kalo bukan die kannnn?!."ujar Neina lagi sambil tersenyum sumbing.
Syaz hanya mampu tersipu mendengarkan kata-kata kawan nya itu.
 setelah hampir sejam mereka berdua bersiap-siap, kedengaran jelas suara ibu yang memanggil dari bawah menyuruh mereka turun untuk bertolak. sewaktu perjalanan ke restauran, Neina perasan yang Syaz begitu asyik membalas mesej di telefon bimbit nya. Neina menyiku Syaz yang berada di sebelahnya sambil mengangkat kepala menanyakan siapa yang memberi mesej kepada Syaz. Syaz tersenyum dan terus Neina dapat membaca erti senyuman tersebut. pastinya Danny, siapa lagi, desis hati Neina. Neina turut tersenyum melihatkan kelaku kawannya itu. seusai makan malam, ibu menghantar mereka berdua ke Stesen STAR LRT yang berdekatan dan sempat memesan untuk mereka pandai menjaga diri dan memastikan mereka untuk pulang selepas sahaja selesai menyambut tahun baru bersama rakan-rakan mereka nanti.
didalam LRT, Syaz dengan reaksi gembira memberitahu Neina yang berkemungkinan Danny juga akan turut berada di Taman KLCC menyambut tahun baru. Neina yang mendengarkan kata-kata Syaz membulatkan biji matanya. "serius Syaz?!', soal Neina tidak percaya.."die kate malas nak pegi", ujar Neina lagi..
"entah, die tetibe kate dia pon nak pegi.", ujar Syaz sambil mengangkat bahu nya. mereka berpandangan dan tanpa disedari mereka berdua menjerit kecil kegirangan, sehinggakan orang yang turut berada didalam STAR LRT memandang tingkah laku mereka kehairanan. "at last, dapat jugak aku tengok muke si Danny", ucap Syaz sambil menepuk tangan kepada diri sendiri..
"pandai la ko Syaz! sekalinye si Danny tu gemok, hitam, pendek lagi, pe ko nak buat??!. haaa..", Neina cuba mengugut.
"lagi laaaaaaaaa aku suke ".jawab Syaz bersahaja.."Adoi!!", jerit Syaz pabila dicubit manja oleh Neina. mereka berdua ketawa geli hati sambil bersembang mengenai paras rupa Danny yang akan mereka temui untuk pertama kali.


setelah sampai ke destinasi, mereka berdua mengambil keputusan untuk menonton wayang sebelum turun ke Taman KLCC. di kawasan Taman KLCC dibanjiri oleh ramai orang yang turut ingin menyambut Ulang Tahun Baru sama seperti Syaz dan Neina. Syaz terasa gegaran dan  kedengaran bunyi yang agak perlahan didalam poket seluarnya. dikeluarkan telefon bimbitnya lalu membaca mesej yang di terima.
'u kat mane?'
ligat jari jemarinya membalas mesej itu, 'kat taman KLCC la, tgh tunggu countdown'
telefon berbunyi lagi, ' I pon kat sini jugak, u kat area mana?', soal Danny.
'Oh, i ada dekat dengan area stage.' telefon dimasukkan kedalam poket seluar nya semula. Syaz mencari kelibat Neina yang menghilang di dalam kesibukan ramai . "haa sudah.. mane pulak si Neina nih", desis hati SYaz sambil memanjangkan tengkuk mencari Neina. Syaz terasa bahunya di tepuk dari belakang. Neina menarik tangan Syaz keluar dari kumpulan orang ramai menuju ke bawah sebuah pokok yang agak kecil. kelihatan dibawah pokok itu lebih kurang padat berbanding tempat Syaz berdiri tadi. Neina memperkenalkan Syaz dengan 3 orang sahabat sekolah nya. mereka berjabat tangan dengan Syaz dan bertegur mesra. Neina dan rakan-rakan nya begitu rancak berbual ketika telefon bimbit nya berbunyi. panggilan itu dijawab.
'Syaz, u kat mana?" soal Danny antara dengar dengan tidak kerana keadaan yang bising disekelilingnya.
"i dekat dengan stage."balas Syaz.
"sama la. "ujar Danny.
Syaz terkaku, hatinya berdebar-debar untuk bertemu dengan Danny. berderau rasa darahnya apabila mengetahui yang dalam beberapa ketika lagi dia akan bersua muka dengan Danny.
"u pakai baju apa?"soal Syaz. dalam kebisingan syaz mendengarkan yang Danny menjawab baju hijau.
"ok, kejap i cari u".lantas telefon dimatikan.
melilau mata Syaz mencari jejaka berbaju hijau. namun keadaan yang agak gelap menyukarkan Syaz untuk membezakan warna-warna yang berada disekelilingnya. dalam kesibukan Syaz mencari 'baju hijau', syaz terpandangkan seorang lelaki yang bertopi berada dicelahan orang ramai tidak jauh dari tempat Syaz berdiri.
hati perempuan nya terusik melihat kat wajah lelaki itu. cepat-cepat Syaz membuang perasaan itu jauh-jauh dan terus memanjangkan tengkuknya mencari Danny semula.
telefon berbunyi lagi. "princess, u kat mane sebenarnya", soal Danny
"i dekat dengan stage, bawah pokok"jawab Syaz.
"i pon bawah pokok jugak" kata Danny.
"tak nampak pon"jawab Syaz tercari-cari.
"ada ni ha, jap."ujar Danny. Syaz melihat sekeliling dan bru terperasan yang tak jauh darinya terdapat juga sebuah pokok sama seperti tempat yang dia berdiri sekarang. kelihatan dibawahnya ada peniaga yang berniaga air botol dan tin. dan seorang lelaki bertopi sedang tunduk membayar wang untuk air yang dibelinya.
"mane u?", soal Syaz
"beli air jap", jawab Danny. dan Syaz dapat melihat lelaki yang bertopi itu bangun dengan telefon bimbit yang ditekapkan di telinga. Syaz yang seperti tidak percaya terus memandang lelaki itu. "dia kah?",hati kecilnya bertanya sendiri. dalam pada itu, Syaz dapat melihat lelaki bertopi itu seperti tercari-cari sesuatu dan pada masa yang sama juga kedengaran suara Danny yang bertanya "mane u ni?". kemudian, Syaz dan lelaki tadi bertaut pandangan. Syaz yang belum sempat berkata apa-apa mendengar Danny berkata "Gotcha!", dan mematikan telefon. Kelihatan jejeka tadi meletakkan telefon bimbitnya kedalam poket seluarnya dan  Syaz yang masih terpaku  terus memandang tingkah lelaki tersebut yang bergerak kearahnya  dicelah orang ramai. teleon bimbit disimpan Syaz kedalam poketnya. kini, didalam otak Syaz cuma terkeluar satu ayat "alamak, mati aku!"....
jantung bagai dirasakan nak meletup. Syaz seperti terasa ingin mengambil langkah seribu, namun kakinya masih terpaku disitu. dan jejaka tadi akhirnya berada betul-betul bertentangan dengan nya.
"Syaz?" soal lelaki itu, yang pasti nya adalah Danny.
Syaz yang masih terkejut, tergagap-gagap menjawab soalan Danny tadi."haaa..ermm..haah!", ujar  Syaz sambil mencari keyakinan.
"hai Syaz", ujar Danny lagi.
"Hai Danny", jawab Sayz yang masih kelu lidah. Danny tersenyum sambil menghulur tangan untuk berjabat dan tangannya disambut. mereka berdua bertukar senyuman. 'ah, memang lelaki tadi', hati Syaz berdetik.
"Sape nih?", soal Neina yang muncul dari belakang secara tiba-tiba , sekaligus memecah kebisuan Syaz dan Danny. Syaz memperkenalkan Danny kepada Neina dan mereka turut berjabat tangan.
mulut Neina yang peramah berjaya membantu Syaz menghilangkan rasa gementar didadanya.
Neina kembali kepada rakan-rakannya dan meninggalkan Syaz dan Danny bersembang berdua.
Syaz dan Danny yang tadinya kelihatan kekok kini makin rancak berbual. masing-masing mencari peluang untuk bertanyakan tentang diri masing-masing. sedang rancak berbual, kedengaran pengumuman countdown yang akan bermula dalam satu minit, mereka beramai-ramai bergerak mendekati kawasan pentas. kedengaran suara usher  memulakan countdown dari kiraan sepuluh. Syaz dan Danny turut mengira bersama-sama.
3! 2! 1!!! boom!!!
percikan bunga api menerangi angkasa di Taman KLCC..
Syaz tersenyum seronok melihat satu demi satu bunga api tersebut. dalam pada itu, Syaz sempat mencuri pandang kearah Danny yang berada disebelah nya, yang turut mendongak ke langit memerhatikan percikan bunga api. bunga api yang terakhir meletup telah menghasilkan satu bentuk hati berwarna merah.
"waaahh, cantik nya".kata Syaz perlahan.
Syaz memandang kewajah Danny yang berada disebelah untuk melihat reaksi nya. Menyedari dirinya dipandang, Danny menoleh kearah Syaz. mata mereka terpaut seketika. Syaz terus mengalihkan pandangan nya kelangit semula pura-pura tiada apa-apa yang berlaku. hadir satu rasa aneh dalam hati Syaz,namun dibiarkan saja. setelah pertunjukan bunga api berakhir, segelintir orang ramai bergerak meninggalkan Taman KLCC. Syaz, Danny , Neina dan rakan-rakannya bergerak ke tepi tasik KLCC. disana, mereka duduk berehat sambil minum yang dijual dan bersembang. masing-masing bertukar cerita dan bergurau senda.
apabila jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, Neina dan Syaz meminta diri untuk pulang. Danny menawarkan diri untuk menghantar Syaz dan Neina hingga ke stesen LRT. setelah sampai, Syaz melambai tangan dan berpaling lalu memasuki kedalam keretapi yang sampai. 
sampainya mereka dirumah, Neina tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata, namun Syaz, masih mengelamun mengingatkan pertemuan nya dengan Danny, jejaka yang yang telah meninggalkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. tanpa sedar, akhirnya, mata Syaz terlelap sendiri dengan sebuah senyuman.


niera eraena..


p/s: oh ending cerita ni memang macam LRT yang Syaz naik, laju macam siot... sebab??? ngantok giler babas... hahahha!! so, gud nyte all.. mmmuah.. sesape yang bace, ai le biu lah.. especially to those who can understand the story.. hohohoho..
nytie nyte..take care.. and bubbye.. adios~!   "pjg gler p/s nye"


Sunday, 25 December 2011

dream high =)

owh... baru je khatam citer Dream High... memule tengok citer ni macam boring, tapi lepas lelame layan macam best plak... ntah nape, bile tgk si Song Sam Dong, rase die tu macam Que Haidar plak =) sengal2 yang comel.. hehehehe..

so, kembali kepade cerite ni secare keseluruhan, jalan cerite yang sangat menarik... semua watak ade part-part yang menonjol.. memang suke le... ade time sweet nye, ade time sedih nye and bermacam lagi ler... tp, yang utama, moral of the story adalah determination to achieve their dreams =)  


gamba depan dream high =)

song sam dong =D

p/s : first citer yang aku layan sampai bleh nangis yang bebtol2 nagis nyer... tp tak deteresak sgt.. huhuhu

Wednesday, 16 November 2011

the snow queen


ouh. setelah hampir sebulan aku berpuase dari menonton cter korea secare online, akhir nye aku telah berjaye menghabiskan cter the snow queen ni...

mcam biase, hero yang kacak Hyun Bin oppa mendominasi jalan ceriter ini sekali gus berjaya membuatkan aku terkinje2 menonton nya.. namun,apabila berbicara tentang filem ini sendiri, plotting cerite nye agak slow... 

namun begitu, moral cerite berjaya disampaikan.. mengenai liku liku hidup, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh hari-hari mendatang biarpun hidup itu menyeksakan.. cerita ini banyak memaparkan kisah sedih antara kekasih, antara ibu dan anak, serta hubungan persahabatan yang erat..oleh kerana rasa bersalah yang menebal terhadap rakannya yang telah mati, memaksa Tae Woong hidup dalam sesalan yang teramat..

ending citer ini memang berjaya meruntun hati para penonton. so, saye boleh bagi rating 3.7 / 5 bintang... tahniah la ye..keep it up hyun bin oppa =))

Saturday, 1 October 2011

city hunter...



setelah berusehe dan sangat tabah menunggu dramacrazy.net mendownload segale episode yang ade, dengan part part nye lagi, akhir nye aku cume mampu menggelengkan kepale dengan ending nye yang penuh dengan tande tanye..*ke aku je yang tak paham, aku pon tak pasti.*
ok, basically, plotting citer ni memang catchy,dengan lee min HOT nye kan.. hurm... memang ade part yang ko ketawe sensorang, teruje sensorang (tambah2 ade part action and lawan-lawan gtu) dan malu sensorang, serta sedih juge... kalo starting citer ni, aku boleh kate mantap arr... sebab, kan selalunye yang aku nampak dalam drama korea yang aku pernah tgk, mesti ade miskomunikesen antare hero heroin, tak pon, jatuh cinte pandang pertame ke, or si hero/heroin yang dah lame tangkap syiok kat heroin/hero..... tapi si City Hunter ni plak, memang penuh dgn kelainan dan penuh dengan kesatria-superman-misteri-macho-bijak-bestarian... ha! amek ko...~!

tapi part yang last, finale, ending... kenapa mesti begitu???~!!!  Waeee??? WHY???.... haish =.="..
aku memang le tak paham,,, ye le, standard aku yang blajo skolah pondok nih, memang tak paham yang tersirat mirat nih... aku nak le tau pe jadik kat bapak betoi die si presiden tu... pe kesah dengan yung seong (hero) and na na (heroin)..diorg kapel balik ke?? bahagie ke??..kawin ke??... apa pon tak paham... last2, si yung seong drive kereta di kepekatan malam....SENSORANG..what daa???!!!..
hurm, pade pemikiran aku yang separuh educated ni kate, si na na fly g oversea (sbb bwk beg kat airport)
dan si yung seong plak, tros menyendiri, kononnye mencari keadilan ala-ala batman..
haa... kan ?~!! aku pon dah tak tau nak conclude ape dah pasal cter ni.. jadi aku pon tak tau le nak komen ape lagi...tapi yang pasti, aku memang impressed la dengan kehebatan si lee min ho tu bawak watak pejuang keadilan..dengan skill nye yang power dalam sparing tuh..
 terbaik la ko Min Ho =)

Thursday, 29 September 2011

si lesak

cik auji mawaddah kini bukan saje dah kuat menjerit ala-ala shrek d ogre, malah tido pon lesak...
tiap kali nak tido, mesti kene teman die tido skalik... bile die dah pejam betol2 lena, macam pencurik je kalo nak turun dari katil..kalo ade le bunyik sket, abeh terbukak balik mate die.. eeee... sabo je le.
pastu, siap kene buat kubu bantal bg die tak lesak sampai jatuh katil... kalo tak, die punye guling tu, dari ujung katil kanan ke ujung katil kiri. kot... kengkadang, bile dah punye guling banyak kali, die boleh jage plak... kene le tido kan die balik... memang terbaik wokk!!!
seb bek la baru sorang... nanti kalo dah masok dua, jawabnye, tido bilik lain le ye auji jajie~hehehhe




Monday, 12 September 2011

sudah tua~

woohoo... mase cepat berlalu..
tup tup sekarang umor aku dah 22 tahun.. kejap je rase.
so, ape kah azam untuk ku dalam umur ku yang baru ni erk??
ade beberape kot.. 


#1 : nak kurus.. selepas pregnant, nafsu makan ku telah dtg membuak-buak, angkare pregnant dulu.. ni pregnant dah abes, nafsu makan kekal sampe sekarang.. make perot ku tak ubah macam tgh pregnant.. hahahaha~!!


#2 : nak carik koje.. ini bukan ape, konon nak carik duit tambah2 mane2 yang patut le kan... kot2, nk beli cekelat hacks ke, ade duit sendrik...btoi tak??


#3 : dapat berhijab dgn sempurna as in, hurm, sempurna le.. ape lagi... hehehe *hwaiting!!


#4 : lebih tabah dan kental dari dulu.. =) amin~!


#5 : cube untuk menjadi lebih baik dan bersantun berbanding sebelum nyer..


ok le tuh utk awal pagi nih... nanti update lagi erk.. hahaha.. otak pon dah jalan jem kejap..ok la... bubbye~! =D

Saturday, 10 September 2011

the meaning of MUSIC in my life..

sejak form one, di bangku sekolah SSP yang ketika itu masih di Jalan Kolam Ayer, next to PWTC, saat aku baru saje masok SSP, sedang aku berjalan pulang dari kelas merentasi dewan sekolah, aku terdengar alunan musik indah =) ye, saat itu, MISS SAIGON memang telah berjaya mencuit hati aku. dan kerana itu aku join SSP Band.. mula - mula masuk memang bersemangat.. tersangat la bersemangat..sampai first time aku jumpe sir, sir tgh sembang kat depan, telinga aku boleh focus kat lagu yang senior aku tgh maen mase tuh.. saxophone nyer mmg le buat hati aku cair.. tapi macam biasa, setiap benda yang seronok pasti ade yang tak seronok nye kan? so, selaku form one, kene la start from basic.. pergh... mase tu aku tak tau nak cakap, pernah gak praktis sampai bibir luka kot... maka, ramai la kengkawan aku yang dak trumpet keluar dari band... sebab tension.. yang aku, stay la jugak.. dengan poyo nyer.. 

start form two, aku dah mula rasa music yang aku belajar tu membosan kan.. ye la, basic, memang la bosan kan?? takkan la masok2 dah terer macam arturo sandoval tu... btol tak?? dan oleh kerana itu, aku mule tunjuk perangai, praktis tak serius la, byk maen la, bla bla bla..and mase WOC kat SDAR aku boleh layan tido kot mase diorg tgh main lagu... giler2 vavv aku mase tuh.. so, padan muke le aku kene marah dgn senior..tapi tak bleh blah tym nak balik SSP dak SDAR angkat kan beg utk kitorg.. pastu sape yang teringat, aku boleh tertolak tempat letak kasut sampai tersepit tgn sorang budak sdar ni.. tym tuh die tgh layan sembang dengan senior trombone aku plak tu... adeh malu nye.. itu sume gare2... arrghhh!!! tak bleh blah ble ingat balik.. back to da point before, aku yang ilang semangat ketika form two.. and then, pe lagi, konon mintak kluar band la, ape la... korang ingat senang ke??? susah kot, sorry bahirah, u have to stay..sir tak bagi kuar!! dan, aku akhirnya, terpakse la stay dalam band lagi =.=

Form three, aku yang ketike itu  tgh takde feeling dgn band, terus dgn sikap aku yang tak serius dgn praktis aku..umpama kene start from basic balik kot... adoi~! memang aku suck btoi tym tu.. sir aku dah berbuih mulut cakap suruh aku kejar cepat sket ape yang aku tertinggal, n aku tros dgn attitude bodo-sombong aku..*dasar sengal bebal aku btoi tym tuh*.. sampai tym WOC aku di ibaratkan macam tunggul korg tau tak?? senang cter, aku takde ke, ade ke, tak bawak pape beza pon.. so, mengetahui hakikat itu, aku terase amat le sedih *tak guna bersedih, tak guna kau kenang lagi~~~~(lagu lame)* 

Form four, amek ko, tak buck-up lagi tak tau la nak cakap..akhir nye, sampai mase untuk senior2 se batch ngan aku mengajar junior..haaaa... aku yang terkapai2 ni nak ajar junior, terpakse la bergantung dengan sectionmate aku Lezza =).. sian die, dgn kene jadi section leader nyer, dengan conductor nye, memang tak terkejar... meeting punye meeting, sir soh aku improve cecepat... dengar sir cakap camtuh, malu kot..sekali lepas WOC tak silap aku, SSP kene perform untuk hari guru kebangsaan.. attoi~!! sangat menakutkan.. form five tak join plak tuh.. Lezza kene conduct nye lagi.. aku je senior yang tinggal.. memang haru tak tau nak cakap.. siap ade lagu my heart will go on, siap ade solo trumpet.. memang macam gamp**g! ape aku  nak buat??? nak tak nak, ku terus kan hidup jugak, sampai bile tym prektis, tak silap aku sir ade kater yang die tak brape konfiden aku bleh bawak solo tu ke tak..*oh, sangat down*..kalo die tak konfiden, aku ape tah lagi... tapi dengan sokongan kengkawan ku di sisi, ku main dengan sepenuh hati... alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.. mungkin tak sebagus mane, tapi, solo itu masih bole didengarkan pada penonton =).. siap dapat dok sebangku ngan Dato Hishammuddin Hussein yang ketika itu mentri pelajaran =) gumbira nya hati beta~!!
dan ku terus kan perjuangan untuk memantapkan diri, dan ketika itu, semangat itu kembali bertandang semula =)


from five, waktu kemuncakku bersama Trumpet tercinta..berkat usaha dan ketabahan, aku waktu itu layak dipanggil senior trumpet *as in aku layak mengajar junior bermain trumpet* tuning session pon , aku dah boleh tune kan junior aku guna trumpet, tanpa guna tuner =) bila bermain, aku bermain dengan sepenuh hati.. dengan penuh tekun sekali..dan minat aku terhadap musik kembali mekar, semekar-mekarnya..memang tym tuh aku dah sgt byk improve..thanx to sir and my friends for all the support..even Rejab bagi credit kat aku sebab dapat high notes =) wa wa waaaaa :D  ... tapi,abes je WOC, waktu itu la, waktu terakhir aku dengan trumpet ku, sudah tiba mase untuk aku mengundur diri dari dunia orchestra. aku kene tumpu perhatian pada SPM.. bila teringat, pasti bergenang air mata..

kini, selepas keluar dari SSP, aku tak lagi bermain trumpet..namun, minat aku terhadap musik masih tinggi dan kekal ke hari ni..kalau diberi peluang, aku bercita-cita agar dapat bermain trumpet lagi, hajat dihati nak peluk gunung, apakan daya, tangan tak sampai..macam aku, takkan dapat dah peluang itu..dan kenangan itu, akan ku simpan sebaiknya dalam kotak fikiran ku...



dan orchestra itu, masih berlagu disudut hati ini...

Friday, 9 September 2011

heartstrings

oh.. lagi sekali, macam biase, melayan citer korea kat laptop =)
kali ni citer heartsrings plak. pelakon nyer Park shin hye ngan Jung yonghwa.. oo.. cter yang sweet sweet gitu.. ala-ala citer cinte di bangku kolej le senang kater. Jung yonghwa a.k.a lee shin memang cool la dlm citer tu.. ngan karakter poyo-sweet-romantic nyer lagi... sape yang tak tersengih tengok citer ni.. best la layan, ade gegelak, sedih, ala-ala cuak tp tak la cuak mane kan, ngan ader gak scene-scene yang wat kiter macam nak tutop mate *eceh*... hohohoho... tapi macam bese le kan, ending dier simple jerk.. tp not bad la kan =), orang kater, berbaloi la stay-up layan cter nih... hehehe.. tp siyesli arr. yonghwa kat dalam citer ni kool abes arr.. tp ble tgk NG diorang, cam tak caye.. dengan sengih lebar si yonghwa ni, mmg best arr die leh bwak tu..ok le, tak payah nak jadik pengkritik bebas-la-sangat kat sini. aku pon nak tido.. bye =)






tapi aku ske giler lagu "give me a smile" jung yong hwa nyanyik... hohoho denga bayak kali pon suke (+.+)... cayalah yonghwa =)


kalo le aku jumpe mamat yg macam si Lee Sin ni.. haihhhhh~~~~ manes nyer kurma ituu..

Saturday, 27 August 2011

pertemuan untuk satu perpisahan =)

Maya berjalan seorang diri didalam kesibukan orang ramai di dalam KLCC. minda nya masih merawang mengingatkan lelaki yang dia terlihat ketika dia sedang sibuk mencari buku di MPH. "dia ke tadi?" hati nya berkata-kata. Aiman, jejaka yang telah mengecewakan Maya beberapa tahun lepas. biarpun masa talah berlalu, namun perasaan nya terhadap Aiman tidak pernah berubah. pelbagai cara telah Maya lakukan untuk melupakan Aiman tapi ternyata gagal. Maya cuba melangkah namun dirasakan longlai dan tidak bermaya. tiba-tiba kenangan pahit itu kembali.


"maaf Maya, namun saya rasa kita tiada jodoh"kata Aiman pagi itu.
Maya terpempan, tidak mengerti dengan apa yang diucapkan oleh Aiman. Puas Maya mencari dimana silapnya dia namun ternyata gagal. sedangkan semalam mereka berjumpa, bergurau senda, dan tiada apa yang berlaku. tiada sengketa mahupun selisih faham yang berlaku.
"tapi kenapa? apa salah saya?", soal Maya mencari pengertian.
"saya tidak bersedia untuk menerima awak", jawab Aiman perlahan, tertunduk. "tapi kita masih boleh berkawan kan?", sambung nya lagi.
pedih hati Maya mendengarkan penjelasan Aiman. kenapa diwaktu hati nya telah benar-benar suka, secara tiba-tiba dia ditolak? apakah kesalahannya? 
air mata mula memenuhi kelopak matanya namun ditahan agar tidak tumpah.
Maya menguatkan semangat yang ada dengan memandang Aiman sambil tersenyum dan mengangguk. "boleh", jawabnya ringkas.
"baiklah Aiman, saya terpaksa pergi, saya dah janji dengan kawan saya untuk berjumpa dengan nya pagi ini."kata Maya seraya bangun dari bangku batu. 
"nanti kita jumpa lagi ya Maya, terima kasih kerana memahami saya, bye" jawab Aiman dengan sedikit nada ceria sambil melambai kearahnya.
"InsyaAllah, Bye." jawab Maya dengan sekuntum senyuman, lantas berpaling dan berlalu meninggalkan Aiman.
berat dirasakan langkahnya. dadanya terasa sesak dan tanpa disedari Aiman, Maya melangkah bersama air mata yang mengalir. dan kenangan semalam, menerjah silih berganti didalam kotak mindanya. masih kedengaran hilai tawa mereka ketika bermain luncur ais di 
Sunway Pyramid semalam. Maya terasa bahagia sekali. dan kini bahagia itu lesap dalam sekelip mata. hancur luluh dirasakan hatinya ketika itu. namun apakan daya, Maya hanya mampu pasrah.

Kesakitan itu masih berbekas dihati Maya. Tanpa disedari, air mata mengalir di pipi nya. Lantas disekanya, tidak mahu dilihat orang yang berada disekelilingnya. Maya menarik nafas dalam berharap segala kekusutan itu berlalu pergi. setelah merasa tenang, Maya bangun untuk beredar dari situ. iba-tiba namanya dipanggil dari belakang. Suara yang dikenalinya.
Langkah Maya terhenti, namun teragak-agak untuk dia berpaling. 
Tidak jauh darinya, Maya dapat melihat susuk tubuh Aiman yang berbaju kemeja putih berseluar hitam melambai tangan kearahnya. Aiman yang masih segak seperti dulu, melemparkan senyuman kepadanya. Maya membalas senyuman itu. hati nya bergetar melihatkan Aiman yang melangkah kearahnya. satu pertemuan yang tak pernah diduga Maya. 
"Maya, lama tak jumpa, U sihat?" soal Aiman dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"sihat alhamdulillah"jawab Maya sambil mengangguk. 
"U buat apa sekarang?," soal Aiman lagi.
Maya yang agak gementar melihat Aiman yang masih tersenyum padanya melarikan matanya dari terus menerus melihat wajah Aiman yang dirinduinya secara diam itu.
"I dah kerja dah" jawab Maya lagi.
"ooo, ok la tu. Hmmm... lamakan kita tak jumpa?"balas Aiman.
Maya yang baru ingin menjawab dikejutkan dengan suara wanita yang memanggil nama Aiman. Maya menoleh kearah suara itu. dilihat seorang wanita berambut perang paras bahu, berkaca mata, melangkah kearah Aiman. 
'cantiknya nya dia', Maya bermonolog didalam hati.
wanita itu terus merapati Aiman lantas memeluk lengan Aiman. Aiman tersenyum melihat wanita itu.
"Maya kenalkan, ini Scha, tunang I"kata Aiman, memperkenalkan wanita tersebut kepada MAya.
"hai", sapa Scha sambil menghulurkan tangan kepada Maya.
tangan Scha disambut ikhlas oleh Maya. "Maya", jawab Maya ringkas.
"U kemana tadi?, I pergi toilet kejap je, bila keluar tengok-tengok U dah hilang"gomel Scha kedengaran manja.
"Alaa, I ternampak Maya, so I datang tegur dia"jawab Aiman dengan nada memujuk.
Maya dapat melihat kemesraan antara mereka berdua.
"Hmm.. Maaf Aiman, Scha, I terpaksa pergi dulu ya. lain kali kita jumpa lagi"tutur Maya.
"owh ok Maya, see u", jawab Aiman. Scha turut tersenyum dan mengangguk, membenarkan Maya mengundur diri.
Maya berpaling, dan dengan langkah yang berat, Maya berlalu pergi. Namun didalm hatinya, Maya mendoakan kebahagiaan pasangan itu. Dan kenangan itu, akan kekal didalam hati nya. air mata diseka, dan langkah diteruskan dengan sekuntum senyuman dibibirnya.

niera =)

Friday, 26 August 2011

hangeul

gegiler..
setelah bertungkus lumus dengan begitu bersemangat nyer, akhir nye aku boleh la merangkak rangkak bace tulesan korea a.k.a hangeul... wahahahahaaha..
punye le bersemangat sampe online pon untuk blajo tulesan tu..
pening tu memang tak boleh nak kate la tahap kepeningan nye tapi yang pasti aku happy.. 
walopon tak lah hebat dan boleh dikategori kan umpama budak jalan jatuh, tapi aku maseh mampu mengembang kan idong aku yang tak kembang nih..
dan memang aku akui, walopon aku boleh bace tapi tak tau maksud, ape aku pedulik..janji aku boleh gak bace... wakakakaakaka~!! aaarrghghh tttuuuiiihh!!
so kirenye, selain aku boleh bace *bace sahaje, tak termasuk bertutur ok* bahase melayu, inggeris, jawi,dan perancis, nampak gaye nye aku jugek boleh le jugak bace korea =) waaa... tahniah tahniah kepade aku~!!!YEEAAAAYYY~!!!!
 
kalo nak diikotkan hati, ade banyak bende yang aku nak share dengan sume orang, tapi ape kan daya, jari cume ade seploh untuk menaip, otak hanye satu untuk berkarya, mata ade sepasang je nak melihat, itu pon rabun...
so, secare am nye, kesemua cerita yang aku karangkan diatas 70% adalah perkare yang terjadi disekeliling aku, and 30% tu hanyalah imaginasi yang berlaku didalam otak kecilku ini...
jadi, jika anda merasekan anda adalah mereka yang datang singgah untuk membace, jangan cepat terkejut atau tersentap bila post2 yang ditulis seperti melibatkan anda kerana, tak semestinya benar.. hanye saya dan mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan saya yang tahu akan kebenarannya... hoho.. *sebelum saya terus merepek, baik saya berhenti =.="
tata =D